Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Tidak perlu persidangan Dewan Rakyat lewat malam

Tidak perlu persidangan Dewan Rakyat lewat malam

KUALA LUMPUR,. Persidangan Dewan Rakyat tidak perlu dilanjutkan sehingga tengah malam kerana ia akan mempengaruhi kualiti, topik serta skop sesuatu perbahasan, kata Datuk Salahuddin Ayub (PH-AMANAH Pulai).

Beliau berkata keputusan untuk mengehadkan tempoh persidangan Dewan Rakyat pada setiap hari adalah tindakan yang sangat wajar.

“Jika perbahasan itu sampai ke tengah malam, kualitinya akan berkurangan dan fokus juga boleh hilang. Jadi lebih baiklah kita mengehadkan pada suatu tempoh yang munasabah.

“Jika terpaksa dilakukan sehingga lewat malam, jangan lebih jam 9 malam kerana ia masa yang efisien,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang dipetik dalam laporan sebuah portal akhbar berbahasa Inggeris, Ahad lalu sebagai berkata beliau tidak mahu persidangan Dewan Rakyat dilanjutkan sehingga tengah malam.

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mencadangkan supaya bilangan hari persidangan dilanjutkan sekiranya perlu berbanding tempoh persidangan yang panjang.

Senada dengannya, Rina Mohd Harun (PH-BERSATU Titiwangsa) yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, yang berpendapat perjalanan persidangan yang sistematik dapat memastikan perbahasan lebih efektif dan bermanfaat.

“Sebenarnya, perbahasan yang lebih efektif tidak sampai ke tengah malam pun. Jadi jika masa itu lebih terhad dan dikawal, fokusnya akan lebih kepada isu yang berkaitan dengan apa yang dibahaskan,” katanya.

Turut menyambut baik saranan itu ialah Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) yang berpendapat tempoh yang panjang sesuai hanya sekiranya terdapat keperluan tertentu.

“Saya pernah berucap berkaitan satu Rang Undang-undang (RUU) pada pukul 4.21 pagi ketika menjadi Timbalan Menteri Kewangan. Tetapi, perkara ini boleh diatur dengan lebih baik seperti mengehadkan masa untuk berbahas dan menjawab bagi setiap ahli Parlimen,” katanya.

Chan Ming Kai (PH-PKR Alor Setar) pula menganggap pengumuman itu sebagai satu reformasi Parlimen ke arah menjaga kelestarian institusi yang mulia ini agar terus efisien.

– BERNAMA

Submit a Comment