Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Tiada cadangan tambah bilangan Pusat Internet – Eddin Syazlee

Tiada cadangan tambah bilangan Pusat Internet – Eddin Syazlee

KUALA LUMPUR,. Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak berhasrat menambah bilangan Pusat Internet kerana sedang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur telekomunikasi, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan menterinya Eddin Syazlee Shith berkata pembangunan infastruktur telekomunikasi itu termasuk menyediakan liputan jalur lebar, talian tetap dan mudah alih bagi memberi perkhidmatan yang lebih menyeluruh kepada penduduk setempat.

Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa terbuka dan bersedia menimbang keperluan mewujudkan pusat internet tambahan di kawasan luar bandar sekiranya diperlukan.

— BERNAMA

Submit a Comment