Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | June 18, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Sesi Parlimen pada 16 Julai – Tun Mahathir

Sesi Parlimen pada 16 Julai – Tun Mahathir

PUTRAJAYA 6 Jun – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini telah mengumumkan beberapa perkara penting menerusi sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Berikut adalah antara keputusan-keputusan kerajaan yang diumumkan:

1) Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim telah memberikan surat perletakan jawatannya. Kerajaan kini belum lagi menentukan penggantinya kerana menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

2) Dalam usaha mengurangkan kos kerajaan, ada beberapa badan yang kebanyakannya di bawah Kementerian Kesihatan akan dibubarkan.

3) Kabinet bincang pertindihan kuasa antara kementerian. Langkah ini dibuat selepas kerajaan membuat perbandingan antara kementerian.

4) Kerajaan bersetuju untuk memberi insentif Hari Raya Aidilfitri kepada peneroka Felda yang jumlah keseluruhannya bernilai RM50 juta.

5) Sesi Parlimen akan diadakan pada 16 Julai ini dimulakan dengan majlis angkat sumpah dan titah Yang di-Pertuan Agong. Sesi ini akan menggabungkan dua sesi yang akan berlangsung selama 20 hari.

6) Pada sesi itu, kertas-kertas berkaitan pemansuhan beberapa undang-undang seperti dijanjikan terutama melibatkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta Akta Antiberita Tidak Benar.

7) Ujian kompetensi bahasa Inggeris terhadap pegawai kanan kerajaan akan dibuat bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa berkenaan.

8) Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar mengikut kelayakan sedia ada dan dalam masa sama kelayakan bantuan itu akan dikaji semula.

9) Peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen berjumlah RM200,000 dan RM150,000 untuk pusat-pusat khidmat akkan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

10) Kerajaan akan hantar pasukan ke India untuk kaji idea inovatif bagi cekapkan perkhidmatan awam. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/sesi-parlimen-pada-16-julai-tun-mahathir-1.686474#ixzz5IJsAGMvy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Next Story

This is the most recent story.

Submit a Comment