Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | July 17, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Proklamasi pembubaran Parlimen sudah diterima – Speaker

Proklamasi pembubaran Parlimen sudah diterima – Speaker

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mengesahkan penerimaan proklamasi pengisytiharan pembubaran Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, pengisytiharan yang berkuat kuasa esok itu yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, diterimanya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ia berdasarkan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Menerusi pengisytiharan ini, tempoh Majlis Parlimen Ke-13 yang berlangsung selama enam penggal adalah empat tahun 10 bulan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pandikar berkata, urusan selanjutnya kini terletak dalam bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan proses pilihan raya umum.

Terdahulu, Najib menerusi sidang media khas di Perdana Putra yang disiarkan secara langsung mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 7 April 2018.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, ketika ditemui berkata pihaknya menunggu notis daripada Speaker Dewan Rakyat sebelum mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Penentuan dalam tempoh 10 hari selepas penerimaan notis itu turut mencakupi tarikh keluar writ, penamaan calon, pengundian awal bagi tentera dan polis sebelum hari pembuangan undi.

Submit a Comment