Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | July 17, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Pihak berkuasa digesa pantau penyebaran konsep Nur Muhammad

Pihak berkuasa digesa pantau penyebaran konsep Nur Muhammad
Senator Datuk Dr. Johari Mat

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pihak berkuasa digesa memantau dan mengambil tindakan terhadap usaha pihak-pihak tertentu menyebarkan konsep Nur Muhammad yang menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Johari Mat berkata, konsep tersebut seolah-olah mempercayai bahawa manusia adalah tuhan dan tuhan adalah manusia.

Menurut beliau, pemahaman itu akan mengakibatkan umat Islam yang terpengaruh dengan konsep Nur Muhammad tidak mempercayai dosa dan pahala serta mati dan hidup.

“Bagaimanapun, kita masih dengar lagi di radio dan televisyen nasyid munajat yang berkaitan dengan Nur Muhammad, yang ada kaitan dengan konsep wahdatul wujud bermaksud makhluk dan Allah SWT itu satu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Negara hari ini.

Selain itu, Johari memberitahu, terdapat sebuah buku tentang konsep Nur Muhammad yang diedarkan di pasaran tempatan menjelaskan tentang konsep kejadian alam yang dikatakan terjadi oleh Nur Muhammad bukan oleh Allah SWT.

Jelas beliau, penyebaran konsep Nur Muhammad dianggap sesuatu yang serius dan tidak sepatutnya dibiarkan meresap masuk menerusi kurikulum pelajaran di sekolah dan program-program yang dianjurkan bersama masyarakat.

“Konsep ini cuba diterangkan dalam kumpulan kecil masyarakat sehingga ia tersebar luas. Apa yang kita lihat, ajaran-ajaran yang difatwakan sebagai sesat di Malaysia tidak terpisah daripada konsep ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Johari turut meminta pihak berkuasa memantau nasyid lain yang mengandungi lirik saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya’ dan pengunaan istilah-istilah seperti ‘tongkat Ali’ serta ‘kacip Fatimah.

Beliau berkata, kesemua perkara itu dikhuatiri mengandungi unsur-unsur Syiah yang cuba disebarkan secara tidak langsung dan pendewaan terhadap Saidina Ali serta Saiyidatina Fatimah az-Zahra.

Submit a Comment