Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Pertimbang kempen politik di sekolah jika

Pertimbang kempen politik di sekolah jika

KUALA LUMPUR,. Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) kini mengkaji sama ada kempen pilihan raya dibenarkan di sekolah susulan cadangan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, berkata kajian itu adalah antara isu yang diketengahkan bagi memperhalusi sistem dan undang-undang pilihan raya di negara ini.

“Kita turut bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dalam meneliti reformasi pelaksanaan sistem pilihan raya.

“Antara lain, ia merangkumi hak umur undi dan pendaftaran pengundi secara automatik,” katanya pada sesi soal jawab menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) sama ada kerajaan bersedia membenarkan kempen politik di sekolah sekiranya pengundi adalah pelajar Tingkatan Enam berusia 18 tahun.

Menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN UMNO-Rembau) berhubung langkah kerajaan meningkatkan pendidikan dan pendedahan generasi muda terhadap isu politik serta Perlembagaan, Sim berkata, ia turut mendapat perhatian pihaknya.

Katanya, jawatankuasa khas anak muda peringkat kementerian turut ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan dasar pengundi 18 tahun dapat dibuat dengan baik.

“Mesyuarat pertama dijalankan pada 14 November lalu dan anggota jawatankuasa merangkumi pimpinan sayap muda parti politik.

“Jangan bimbang dengan usia pengundi kerana kematangan bagi setiap individu berbeza-beza… ada yang matang pada usia 18 tahun tetapi ada juga yang berumur 40 tahun tetapi tidak matang,” katanya.

Tags

Submit a Comment