Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Pemberian royalti minyak 20 peratus perlu masa

Pemberian royalti minyak 20 peratus perlu masa

KUALA LUMPUR,. Pemberian 20 peratus royalti minyak kepada negeri pengeluar mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan kerana ia terikat dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pindaan Akta Pengeluaran Petroluem (PDA) 1974 perlu dilakukan jika cadangan pemberian 20 peratus itu mahu dilaksanakan.

Katanya, akta itu antara lain menyebut, pemberian 10 peratus royalti adalah berdasarkan keuntungan bersih kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri pengeluar minyak.

“Tawaran 20 peratus adalah inisiatif manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi pada masa yang sama kita perlu meminda Akta 1974 terlebih dahulu sebelum pelaksanaan itu.

“Buat masa ini, Petronas perlu membayar 10 peratus secara tunai kepada kerajaan dan daripada jumlah ini, lima peratus akan diterima Kerajaan Persekutuan dan negeri pengeluar minyak.

“Bayaran dibuat dua kali iaitu padaFebruari dan Ogos. Peratus ini mengikut nilai kasar setong pada harga pasaran tanpa perlu mengambil kira menguntungkan atau tidak,”katanya menjawab soalan pertama sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang mahu mengetahui bilakah Kerajaan Persekutuan melaksanakan pemberian 20 peratus royalti kepada negeri pengeluar minyak.

Manifesto PH menyebut Kerajaan Persekutuan akan menyemak semula Perjanjian 1963termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak.

Azmin berkata, ketika menggubal Buku Harapan, PH hanya menyebut mengenaipengagihan royaliti minyak secara adil kepada negeri pengeluar minyak.

“Kami telah membuat kos analisis berdasarkan pengeluaran petroleum yang mana ketika itu kami mengalami kekangan data dan maklumat,” katanya.

Beliau berkata, akta berkenaan juga dengan jelas menyatakan pemberian royalti itu perlu mendapat persetujuan daripada negeri pengeluar minyak.

Justeru, katanya, Kerajaan Persekutuan perlu membuat perbincangan dengan kerajaan negeri pengeluar terlebih dulu sebelum menambah kadar royaltidalam akta berkenaan.

Submit a Comment