Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | July 17, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Patut bangkit isu forex di Dewan Rakyat

Patut bangkit isu forex di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR,. Isu urus niaga mata wang asing (forex) pada era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakibatkan negara kerugian RM31.50 bilion sepanjang tempoh 1992 hingga 1994 adalah perkara yang sepatutnya dibangkitkan pembangkang di Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim, berkata isu berkenaan lebih penting kerana ia membabitkan kehilangan wang rakyat.

“Pada pandangan saya, Ahli Yang Berhormat sepatutnya bangkit tanya saya, yang hilang duit ini adalah forex. Itu yang patut kita cari.

“Saya nak beritahu, National Feedlot Corporation (NFC) belum hilang duit, 1MDB (1Malaysia Development Berhad) pun belum hilang duit. Ini masalah hutang,” katanya ketika menggulung Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mengulas isu penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang dibangkitkan Teresa Kok (DAP-Seputeh) ketika membahaskan pindaan akta berkenaan pagi ini.

Razali berkata, Rafizi ditahan kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA), bukan disebabkan memberi maklumat berkaitan NFC.

“Ini bukan pasal kita tangkap orang bagi maklumat (tetapi) sebab ada undang-undang lain dalam negara kita. Jadi, kalau kita nak cerita pada orang, tak bolehlah nak kata kerana dia perjuangkan NFC, lepas itu dia kena tahan.

“Isu terbabit didedahkan Jabatan Audit Negara, agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukannya Yang Berhormat Pandan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang lantang meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) namun kini mendiamkan diri selepas semakin mesra dengan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Submit a Comment