Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Parlimen: KLIA Aeropolis bakal jana 208,300 peluang pekerjaan

Parlimen: KLIA Aeropolis bakal jana 208,300 peluang pekerjaan

KUALA LUMPUR,. Zon pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Aeropolis berkeluasan 9,012 hektar (22,270 ekar) dijangka menjana 208,300 peluang pekerjaan pada tahun 2055, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata projek mega itu juga mensasarkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) terkumpul sebanyak RM319 bilion menjelang tahun 2060.

“Pada masa ini kerajaan hanya memfokuskan kepada pembangunan KLIA Aeropolis yang dikenal pasti sebagai salah satu teras strategik dalam pelan perniagaan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB),” katanya pada sesi soal jawab.

— BERNAMA

Submit a Comment