Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | May 21, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

PARLIMEN: Bila rakan menjadi lawan

PARLIMEN: Bila rakan menjadi lawan

KUALA LUMPUR,. Sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 di Dewan Rakyat hari ini, bagai menjadi medan Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (PAN) ‘menyerang’ wakil PAS.

Ia dilihat ketika Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berbahas mengenai RUU itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (PAN-Parit Buntar) bangun tiga kali dan mengajukan soalan berbaur provokasi mengenai deklarasi aset oleh pemimpin PAS.

Soalan Mujahid itu diajukan ketika Mohd Khairuddin bercerita mengenai PAS difitnah menerima wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain dirinya ditohmah apabila didakwa beliau membeli kereta menggunakan wang UMNO.

“Itu adalah fitnah yang sangat besar, menyatakan PAS terima duit daripada UMNO. Ini tohmahan.

“Ada juga kata saya beli kereta guna duit UMNO. Saya bukan hanya terima gaji daripada Parlimen semata-mata, saya juga adalah ahli perniagaan, mempunyai kewangan sendiri. Ini tuduhan jahat, merosakkan maruah,” katanya.

Mujahid kemudian bangun bertanya sama ada tohmahan terhadap Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dapat dielak jika mereka membuat deklarasi aset kepada umum.

Mohd Khairuddin berkata, deklarasi aset adalah perkara baik, namun tidak semestinya dilaksanakan secara terbuka, sebaliknya boleh dilakukan kepada parti masing-masing.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Mujahid bangun kali kedua dan mengulangi soalannya dengan menegaskan sama ada rakyat yang mengundi berhak mengetahui hasil kekayaan Ahli Parlimen dan ke mana ia dibelanjakan.

“Isunya sama ada perlu didedah aset kepada awam, ia boleh dibahaskan. Tetapi balik kepada hukum asal, adakah jika tidak isytihar aset boleh dijadikan alasan untuk seseorang itu dituduh,” kata Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Mujahid yang juga bekas Ahli PAS, sekali lagi bangun bertanya sama ada PAS memiliki kaedah memastikan Ahli Parlimennya mengisytiharkan aset kepada pemimpin, namun Mohd Khairuddin enggan menjawabnya dengan alasan ia urusan dalaman.

Submit a Comment