Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Mangsa culik warga China mahu ambil lesen menyelam

Mangsa culik warga China mahu ambil lesen menyelam

3 APR:?Mangsa culik warga China, Gao Hua Yuan, 29, dipercayai datang sendirian ke Semporna untuk mengambil lesen menyelam.

Difahamkan, mangsa yang juga pelajar sebuah universiti di Shanghai itu mendaftar masuk untuk menginap di Singamata Reef Resort semalam dan dijadualkan keluar Sabtu ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata ketika kejadian mangsa sedang melihat telefon bimbitnya di hujung resort itu sebelum dilarikan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata.

Menurut Hamza, kumpulan penculik sebelum itu melarikan pekerja wanita warga Filipina berusia 40 tahun dari sebuah bilik di resort itu.

?kebetulan pelajar China itu berada di laluan mereka di hujung resort menyebabkan dia turut dilarikan,? katanya.

singamataresort

Ketika kejadian ada kira-kira 61 pelancong di resort berkenaan.

Polis masih menyiasat kejadian itu dan turut mengambil kira pembabitan orang dalam yang tahu selok belok tempat berkenaan.

Sementara itu, operatif anti-penculikan dan unit maritim Polis Nasional Filipina diaktifkan berikutan kes penculikan membabitkan salah seorang rakyatnya itu.

Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur, dalam satu kenyataan, mengesahkan bahawa penculikan wanita warganegaranya dipercayai berusia 40 tahun yang bekerja di kawasan itu,kira-kira jam 10.30 malam Rabu.

?Atase polis Kedutaan dengan segera memerintahkan polis Filipina di kawasan berhampiran bagi kemungkinan penangkapan, sekiranya penjenayah dan mangsa dikesan dalam perjalanan mereka.

?Pihak berkuasa Filipina, terutamanya operatif anti-penculikan dan unit maritim Polis Nasional Filipina, secara aktif dan bekerjasama rapat dengan pihak di Malaysia untuk bertukar-tukar maklumat dan bertungkus-lumus dalam menyelesaikan kes tersebut dengan segera,? kata kedutaan itu.

 

 

Submit a Comment