Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | May 19, 2019

Scroll to top

Top

Comment(s)

Langgar embargo: Najib dirujuk ke Jawatankuasa Khas dan Kebebasan Parlimen

Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof

KUALA LUMPUR,. Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul merujuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana melanggar embargo Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda.

Ia diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof selepas undian belah bahagian dengan 86 Anggota Parlimen menyokong sementara 33 lagi menolak.

Sebelum itu, usul tersebut dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, yang antara lain menyatakan Kertas Putih itu merupakan Kertas Perintah 6 Tahun 2019 yang masih dalam Embargo sehingga jam11.30 pagi pada Rabu (10 April ).

“Bahawa Dewan yang mulia ini memandang serius perbuatan Yang Berhormat Pekan di mana Yang Berhormat Pekan telah melanggar Embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

“Perbuatan Yang Berhormat Pekan jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 95A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan disifatkan telah melakukan suatu perbuatan menghina Majlis. Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Pekan hendaklah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya.

Najib didakwa memuat naik kertas putih itu di laman sosial pada jam 5.39 petang Selasa.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, dalam sidang media di lobi Parlimen, menafikan dakwaan yang mengatakan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda itu telah dimuat naik dalam laman sesawang rasmi Parlimen sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Katanya, kandungan dokumen berkenaan hanya dimuat naik selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membentangkannya di Dewan Rakyat tengah hari semalam.

“Maka ia tidak melanggar mana-mana peraturan. Oleh itu mana-mana dakwaan (termasuk) pihak pembangkang, bahawa kakitangan Parlimen memuatkan dan langgar peraturan embargo adalah tidak benar sama sekali dan tak berasas,” tambahnya.

— BERNAMA

Submit a Comment