Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | September 23, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

KWSP tidak rugi RM6.09 bilion – Guan Eng

KWSP tidak rugi RM6.09 bilion – Guan Eng

KUALA LUMPUR,. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menafikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian RM6.09 bilion dalam masa sebulan seperti didakwa.

Katanya, tuduhan itu kurang tepat jika dibuat berasaskan nilai saham kerana ia perlu berpandu kepada turun naik Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Guan Eng berkata, naik turun Indeks FBM KLCI dipengaruhi faktor kecergasan pertumbuhan ekonomi, urus tadbir kewangan baik serta kestabilan politik di dalam dan luar negara.

Sehingga semalam, katanya, prestasi negara keseluruhannya adalah terbaik di Asia Pasifik.

“Jika kerugian itu dibandingkan dengan harga pembelian asal saham atau ‘book value’, KWSP masih mencatat keuntungan secara keseluruhan.

“Bagaimanapun, saham itu tidak dijual, maka keuntungan ini tidak tercatat dan adalah keuntungan tidak nyata (unrealised gains) yang tidak diambil kira dalam penyata kewangan.

“Sehubungan itu, jangan lihat dari segi keuntungan atau kerugian tidak nyata semata-mata, sebaliknya perlu berpandukan keuntungan dan kerugian bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Adham Baba (BN-UMNO Tenggara) berhubung langkah segera kerajaan untuk mengatasi kerugian KWSP pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Guan Eng berkata, pihaknya yakin prestasi pelaburan KWSP akan pulih berdasarkan keyakinan pelabur terhadap pengurusan ekonomi negara.

“Usaha kerajaan menghapuskan gejala rasuah, pembaziran sektor awam, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan serta memperbaiki tahap daya saing dalam kalangan sektor swasta membantu mengembalikan keyakinan pelabur,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Adham jika kerajaan akan membuat pelaburan tidak berisiko selain tidak perlu meminjam dari Jepun, Guan Eng berkata, pencarum dijamin mendapat simpanan selepas bersara atau ketika memerlukannya.

“KWSP berperanan dengan baik dan prestasinya tidak menjadi kontroversi, malah Ketua Pegawai Eksekutif baharunya juga daripada pengurusan KWSP sendiri.

“Ada kesinambungan supaya semua pelaburan bijak yang dilakukan sebelum ini dapat diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng berkata, hutang rasmi mata wang kerajaan hanya RM21.3 bilion dan daripada jumlah itu, RM15.7 bilion adalah dalam dolar Amerika Syarikat (AS) manakala RM5.3 bilion dalam Yen Jepun.

“Ia hanya merangkumi 3.1 peratus daripada jumlah hutang rasmi kerajaan (untuk RM21 bilion), maka kalau untuk RM5 bilion, tidak sampai satu peratus pun,” katanya.

Submit a Comment