Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | July 17, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

KPT ada kuasa batal kursus jumud

KPT ada kuasa batal kursus jumud

KUALA LUMPUR,. Tempoh sah laku sesuatu kursus institusi pengajian tinggi (IPT) adalah lima dan tujuh tahun, bergantung kepada program ditawarkan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata, ia selaras Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Pindaan 2017) yang berkuat kuasa pada 28 November tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, kementerian tidak akan memperbaharui tempoh pengendalian sesuatu program jika ia gagal mematuhi syarat ditetapkan.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga boleh menarik balik kelulusan kepada sesuatu kursus pengajian sekiranya gagal memenuhi syarat,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) di Dewan Rakyat, hari ini.

Hasan meminta perincian mengenai keperluan melaksanakan kawalan lebih ketat dalam meluluskan pusat pengajian tinggi swasta dan agensi kerajaan susulan banyak penawaran kursus didakwa tidak memenuhi keperluan pasaran industri.

Kain Ching berkata, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bertanggungjawab memberi akreditasi kursus atau program di IPT swasta menerusi penilaian yang mengambil kira lapan domain hasil pembelajaran.

“MQA juga membangunkan standard program, dibantu pandangan pakar akademik dan industri yang menggariskan keperluan minimum dalam mereka bentuk kursus pengajian.

“Ia bagi memastikan program baharu yang dibangunkan di semua IPT adalah relevan dengan keperluan pasaran dan industri,” katanya.

Submit a Comment