Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Kes Jong-nam: Hubungan diplomatik KL-Pyongyang terjejas

Kes Jong-nam: Hubungan diplomatik KL-Pyongyang terjejas

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengakui hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang tidak lagi sama seperti sebelum ini susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam yang memaksa Malaysia mengambil tindakan mengusir keluar Duta Korea Utara, Kang Chol dari negara ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata berikutan perkembangan terkini itu, hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang terjejas.

“Saya tegaskan hubungan (dua negara) sudah mempunyai kesan dan ia tidak lagi sama seperti dulu,” katanya pada majlis Istiadat Pembukaan Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kelima Parlimen Ke-13 di Parlimen, hari ini.

Majlis perasmian istiadat itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Reezal Merican berkata demikian ketika ditanya kemungkinan Kabinet akan mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara selepas Kang Chol diisytiharkan ‘Persona Non Grata’ dan dikehendaki meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam yang akan berakhir jam 6 petang ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan semua tindakan yang dilakukan susulan kes berkenaan adalah berdasarkan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa dan negara.

“Kita sudah nyatakan secara jelas sebelum ini bahawa kita menunggu tindakan susulan, …kita tidak seharusnya meramalkan apa yang akan berlaku kerana pada saya, apa yang penting ialah kita melakukan segala tindakan secara profesional,” katanya.

Submit a Comment