Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Kerajaan pastikan isu 200,000 buruh kanak-kanak tidak langgar akta

Kerajaan pastikan isu 200,000 buruh kanak-kanak tidak langgar akta

KUALA LUMPUR,. Kementerian Sumber Manusia akan lakukan pemeriksaan bagi memastikan isu 200,000 buruh kanak-kanak di Sabah tidak melanggar mana-mana akta berkaitan kanak-kanak.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar, berkata meskipun negeri seperti Sabah dan Sarawak mempunyai ordinan berasingan berkaitan buruh, ia penting dalam memastikan golongan itu tidak menjadi mangsa eksploitasi dalam aspek penggajian.

“Kami selalu ambil tanggungjawab bukan saja di Sabah tetapi juga di Sarawak dan sebagainya kerana ada ordinan buruh berasingan, tetapi sudah tentu ada penyelarasan dengan akta pekerjaan pada peringkat pusat.

“Kami sentiasa ambil maklum dengan apa yang sudah dilaksanakan dan pemeriksaan sering dilakukan. Jika ia bertentangan dengan akta ini, tindakan akan diambil,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Raj Munni Sabu dalam persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

Raj Munni terdahulu menyatakan masalah 200,000 buruh kanak-kanak di Sabah adalah agak kompleks kerana mereka terdiri daripada pekerja dalam sektor pertanian dan perladangan yang mempunyai dua masalah utama iaitu tiada kewarganegaraan dan tiada dokumen yang sah. – BERNAMA

Submit a Comment