Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Kerajaan komited kukuhkan semula kedudukan kewangan awam

Kerajaan komited kukuhkan semula kedudukan kewangan awam

KUALA LUMPUR,. Kerajaan komited memperkukuh semula kedudukan kewangan awam dengan menambah baik rangka kerja fiskal terutamanya melalui pembaharuan institusi, semakan semula perbelanjaan awam dan pembaharuan dasar cukai.

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini, pembaharuan ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan inklusif dengan sokongan padu daripada semua pihak.

“Bagi tujuan ini, sesi libat urus secara berkesan dengan pihak berkepentingan adalah faktor utama memastikan kejayaan pembaharuan fiskal,” kata MoF.

Pembaharuan fiskal yang dijalankan kerajaan perlu menyeluruh dan strategik dengan mengambil kira prestasi dan unjuran ekonomi domestik serta global.

“Langkah ini penting bagi memastikan kerajaan dapat memperkukuh kedudukan fiskal di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi,” menurut laporan itu.

Mengambil kira magnitud kesan negatif krisis global kepada negara yang mempunyai paras hutang tinggi maka sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan langkah pembaharuan fiskal secara proaktif, kata laporan itu.

Pengalaman negara lain berkaitan pelaksanaan dasar dan pembaharuan fiskal menjadi rujukan penting kepada kerajaan dalam menerima pakai dan mengadaptasi amalan terbaik berkaitan inisiatif pembaharuan fiskal.

“Pembaharuan ini akan memperkukuh kedudukan fiskal kerajaan seterusnya mewujudkan ruang fiskal untuk meningkatkan daya tahan ekonomi terutamanya ketika krisis,” kata laporan itu.

Laporan itu turut menyatakan kerajaan sudah melaksanakan beberapa langkah pembaharuan fiskal termasuk merasionalisasi subsidi, memperkemas agensi kerajaan dan meningkatkan ketelusan dalam perolehan kerajaan.

Katanya, langkah pembaharuan itu meningkatkan kecekapan perbelanjaan kerajaan antara lain melalui peralihan daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar.

“Rasionalisasi subsidi telah mengurangkan perbelanjaan untuk subsidi dan bantuan sosial daripada RM39.7 bilion pada 2014 kepada RM22.3 bilion pada 2017.

“Namun demikian, subsidi hanya merupakan sebahagian kecil daripada instrumen dasar fiskal dan terdapat aspek lain dasar fiskal yang wajar disemak semula untuk tujuan pembaharuan fiskal,” kata laporan itu. – BERNAMA

Submit a Comment