Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Kerajaan akan tambah baik, lonjak pendigitalan PKS

Kerajaan akan tambah baik, lonjak pendigitalan PKS

KUALA LUMPUR,. Kerajaan komited untuk terus menambah baik ekosistem digital termasuk menyelaras peraturan berkaitan dan menaik taraf infrastruktur bagi mempercepatkan pendigitalan dalam kalangan PKS, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Sehubungan itu, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan oleh MoF di sini hari ini, usaha seperti Program Pecutan Transformasi Digital (DTAP) dan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) diperkenalkan untuk membantu PKS memanfaatkan teknologi digital dalam operasi perniagaan masing-masing.

Ini berikutan kebanyakan subsektor dalam sektor perkhidmatan tidak mengoptimumkan penggunaan internet kecuali hartanah dan perniagaan; kewangan dan insurans serta teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT).

“Memandangkan 88.9 peratus daripada jumlah PKS adalah dalam sektor perkhidmatan, maka terdapat keperluan untuk mempercepatkan aspek pendigitalan bagi meningkatkan produktiviti,” kata laporan itu.

Menurut laporan itu, setiap tambahan pelaburan sebanyak RM1 bilion dalam ICT akan meningkatkan output sebanyak RM1.9 bilion berbanding subsektor borong dan runcit (RM1.6 bilion) serta hartanah dan perkhidmatan perniagaan (RM1.6 bilion).

“Pada masa sama, sektor perkhidmatan dijangka mendapat manfaat paling banyak daripada pelaburan tersebut berikutan kesan pengganda, diikuti oleh sektor pembuatan dan pembinaan.

“Berdasarkan analisis ini, pelaburan dalam ICT terbukti meningkatkan pengeluaran dengan ketara. Sehubungan itu, PKS perlu mentransformasikan perniagaan untuk bersaing dan kekal relevan dalam suasana persekitaran yang berubah dengan pantas, ” kata laporan itu.

Selain itu, perkhidmatan seperti borong dan runcit mampu untuk terus berkembang dengan platform e-dagang dan mencapai pasaran lebih luas menerusi kos penyebaran maklumat yang lebih rendah berbanding model perniagaan tradisional.

Bagi mencapai hasrat ini, DFTZ ditubuhkan dan dijadikan sebahagian daripada objektif nasional untuk merangsang pertumbuhan e-dagang kepada 20.8 peratus pada 2020, kata laporan itu.

“Walaupun sekitar 3,800 PKS telah menyertai platform DFTZ sehingga September 2018, namun jumlah itu masih rendah berbanding bilangan perniagaan dalam negara.

“Sehubungan itu, penubuhan hab e-World Trade Platform di Malaysia iaitu yang pertama di luar China, menyediakan program latihan yang meluas untuk membantu PKS mengambil manfaat daripada inovasi digital serta peluang dalam perdagangan global,” kata laporan itu.

PKS juga, kata laporan itu, boleh mengaplikasikan model perkongsian ekonomi yang bergantung kepada platform digital dan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan, data raya dan Internet of Things (IoT).

“Model ini membolehkan akses pantas kepada sumber dan komunikasi yang lancar dalam perniagaan.

“Justeru, PKS perlu mengambil pendekatan bersepadu untUk meraih manfaat menerusi peluang yang muncul daripada perkongsian ekonomi.” – BERNAMA

Submit a Comment