Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | January 21, 2019

Scroll to top

Top

Comment(s)

Keputusan ini kemenangan rakyat – Ahmad Zahid

Keputusan ini kemenangan rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR,. Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, mengekalkan status Datuk C Sivarraajh sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands, dianggap kemenangan buat rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan melarang Sivarraajh berada dalam Dewan Rakyat pada Rabu lalu adalah tindakan yang menyedihkan.

“Keputusan Speaker hari ini memenangkan rakyat kerana rakyat yang memilih Ahli Parlimen Cameron Highlands dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Saya harap ia menjadi panduan kepada semua dan jangan terlalu mengikut emosi dalam membuat keputusan, sila rujuk butiran dalam sistem perundangan sebelum sesuatu keputusan dibuat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Mohamad Ariff membuat petua Sivarraajh kekal sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands kerana rayuan sudah dibuat terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Petua itu dibuat selepas mendapat pandangan pakar undang-undang dan keputusan bertulis daripada hakim Mahkamah Pilihan Raya.

Rabu lalu, Mohamad Ariff Mohamad Ariff mengarahkan Sivarraajh keluar Dewan Rakyat dan mahu wakil BN daripada MIC itu mendapatkan pengesahan sama ada beliau diberi penangguhan, susulan keputusan mahkamah membatalkan kemenangannya pada PRU-14.

Keputusan itu dibantah semua Ahli Parlimen BN pada keesokan harinya dengan keluar dari Dewan sebagai solidariti bersama Sivarraajh apabila Mohamad Ariff kekal dengan keputusannya.

Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU-14 yang dimenangi BN sebagai terbatal dan tidak sah selepas didapati wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan Sivarraajh.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, Perkara 48 dan Perkara 50 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan mana-mana Ahli Parlimen layak terus berada dalam Dewan Rakyat selagi tempoh 14 hari rayuan belum berakhir.

“Keputusan ini jelas bahawa apa juga alasan diberikan pihak kerajaan untuk menafikan hak Ahli Parlimen Cameron Highlands tidak duduk dalam Dewan Rakyat adalah sesuatu yang menyedihkan dalam sistem Parlimen di Malaysia,” katanya.

Submit a Comment