Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Kelajuan rendah, harga jalur lebar mahal kekangan teknologi digital

Kelajuan rendah, harga jalur lebar mahal kekangan teknologi digital

KUALA LUMPUR,. Kelajuan yang rendah dan harga jalur lebar yang tinggi adalah kekangan dalam pembangunan dan penggunaan teknologi digital di Malaysia.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, perubahan teknologi yang pantas dan penggunaan yang rendah menjadi cabaran bagi Malaysia khususnya dalam aktiviti perniagaan.

“Pada masa ini, Malaysia menduduki tempat kelima selepas Singapura, Vietnam, Brunei dan Myanmar dalam kalangan negara Asia Tenggara dari segi purata kelajuan rangkaian 4G. Di samping itu indeks penggunaan digital oleh PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) adalah rendah berbanding negara lain di rantau ini,” menurut laporan itu.

Oleh itu, Malaysia perlu berubah secara pantas dan menerima pakai kemajuan teknologi digital terutamanya dalam perniagaan.

“Persekitaran ini dapat dipertingkatkan dengan tindakan bersepadu melalui pelaburan dalam ekosistem yang kondusif serta modal insan dan infrastruktur fizikal,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, nilai keseluruhan perkhidmatan keselamatan siber di Malaysia yang dianggar mencecah US$632.6 juta menjelang 2020 adalah bidang pertumbuhan baharu yang boleh diterokai.

Selain perkhidmatan jalur lebar yang perlu dipertingkatkan bagi mempercepatkan pembangunan ekonomi digital, terdapat juga keperluan terhadap rangka kerja pengawalseliaan yang komprehensif berkaitan keselamatan siber.

“Terdapat ruang untuk penambahbaikan terutamanya dalam membangunkan garis panduan dan amalan terbaik bagi menguruskan keselamatan serta perkhidmatan keselamatan pengkomputeran awan di negara ini.

“Kerajaan juga perlu menangani isu jurang tenaga mahir yang kritikal dalam bidang seperti forensik digital, pentadbiran keselamatan dan penganalisis keselamatan,” menurut laporan itu.

Selain itu, laporan itu menyatakan ekosistem yang selamat dan kondusif adalah penting untuk meningkatkan kepercayaan pengguna serta pelanggan terhadap platform e-dagang dan e-pembayaran.

Menurut laporan itu lagi, di Malaysia telefon pintar kekal sebagai kaedah paling popular untuk pengguna mengakses internet yang membolehkan negara mencapai status masyarakat berorientasikan mudah alih.

“Pada 2017, terdapat sebanyak 35.3 juta langganan jalur lebar mudah alih berbanding 2.6 juta langganan jalur lebar tetap,” menurut laporan itu.

Perkembangan dalam teknologi digital dijangka dapat meningkatkan sumbangan e-dagang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar melebihi RM70 bilion pada 2020 dan seterusnya mencecah RM400 bilion menjelang 2025. – BERNAMA??

Submit a Comment