Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

KBS tidak benarkan kemelut politik dalaman jejaskan sukan negara

KBS tidak benarkan kemelut politik dalaman jejaskan sukan negara
kj

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan membenarkan kemelut politik dalaman dan masalah kepemimpinan di dalam beberapa persatuan sukan termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) menjejaskan prestasi sukan negara.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya memantau secara dekat isu-isu yang timbul dalam mana-mana persatuan sukan dan berusaha mengatasinya dari semasa ke semasa.

“Melalui Pesuruhjaya Sukan yang dibekalkan dengan kuasa Akta Pembangunan Sukan, kita (KBS) akan sentiasa melibatkan diri dan mengenal pasti apa saja masalah dalam persatuan sukan.

“Kita akui ada beberapa persatuan sukan yang ada politiking, perebutan jawatan dan ada juga pendaftarannya dibatalkan dan kita terpaksa wujudkan semula persatuan baharu, ini semua kami akan ambil berat untuk diselesaikan,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Boon Som Inong yang bertanyakan langkah Kementerian Belia dan Sukan untuk menyelesaikan kemelut kepemimpinan dalam beberapa persatuan sukan negara sehingga menjejaskan prestasi sukan.

Menurut Khairy, beliau juga mengingatkan Pesuruhjaya Sukan untuk bertindak proaktif dan tidak hanya menunggu sehingga berlakunya kemelut dalam persatuan sukan untuk tindakan dilakukan.

“Kita tidak campur tangan, tapi kita akan sentiasa memberi nasihat dan panduan untuk penyelesaian, kita tidak mahu dalam persatuan hanya ada mereka yang pentingkan jawatan kerana objektif membangunkan mutu sukan negara itu lebih penting,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan asal Senator Roslin Abdul Rahman, Khairy berkata, kementeriannya sentiasa mewujudkan program jangka panjang di peringkat atlet elit dan pelapis dengan mengadakan latihan berpandukan Pelan Periodisasi Latihan.

“Pelan Periodisasi Latihan yang dirangka bersama Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan jurulatih ini merangkumi pelbagai aspek termasuk latihan pendedahan luar negara, pertandingan dalaman, pertandingan luar negara, kem tahunan dan komponen latihan sains sukan,” katanya.

Katanya, program pelapis di peringkat kebangsaan, serantau dan negeri kini mempunyai seramai 5,582 atlet, 44 jurulatih luar negara, 112 jurulatih tempatan sepenuh masa dan 253 jurulatih tempatan di 252 pusat latihan di seluruh negara.

Menurut beliau, sebanyak 53 atlet diserapkan dalam Program Sukan Olimpik Remaja Nanjing 2014; 308 atlet dan 81 jurulatih untuk Program Latihan Atlet Elit 2011-2014 untuk Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan Sukan Asia Incheon 2014; serta 47 atlet elit untuk Program Rio bagi Sukan Olimpik Brazil 2016.

Khairy menjawab soalan Roslin yang bertanyakan langkah kementerian untuk membangunkan sukan negara bagi melahirkan atlet-atlet yang mampu menjulang nama negara di persada antarabangsa termasuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

Submit a Comment