Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | January 21, 2019

Scroll to top

Top

Comment(s)

Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus bermesyuarat esok

Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus bermesyuarat esok

KUALA LUMPUR,. Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus yang dipengerusikan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengadakan mesyuarat pertamanya esok.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, yang menganggotai kaukus itu memberitahu NSTP, Anwar memaklumkan mesyuarat akan diadakan jam 3 petang esok.

“Bagaimanapun, saya tak pasti apakah agenda mesyuarat itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus yang ditubuhkan minggu lalu itu merangkumi 12 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dengan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Pengerusi.

Selain Hanipa, anggota kaukus itu adalah Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH BERSATU-Jeli), Datuk Johari Abdul (PH PKR-Sungai Petani), Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu (PH PKR-Segamat), Maria Chin Abdullah (PH PKR-Petaling Jaya) dan Ma’mun Sulaiman (WARISAN-Kalabakan).

Turut menganggotainya ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (BN UMNO-Pengerang), Datuk Seri Nazri Aziz (BN UMNO-Padang Rengas), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-Santubong) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian).

Difahamkan, kaukus itu akan memberi tumpuan untuk memperkukuh Parlimen sebagai cabang kerajaan yang bertanggungjawab menerapkan reformasi dalam semua aspek pentadbiran.

Kaukus itu juga disifatkan sebagai langkah pertama kerajaan untuk mewujudkan institusi semak dan imbang yang lebih kukuh.

Ia juga menyaksikan peranan besar pertama Anwar dalam pentadbiran kerajaan selepas kembali sebagai Ahli Parlimen berikutan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, 13 Oktober lalu.

Submit a Comment