Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | May 21, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

‘Kalau salah, kita tangkap’

‘Kalau salah, kita tangkap’

KUALA LUMPUR,. Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap skandal pembelian pangsapuri di Australia pada harga melebihi pasaran oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), bukan bermotif politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata siasatan kes itu juga bukan satu bentuk penganiayaan kepada mana-mana pihak walaupun ada individu yang terbabit adalah pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN).

“SPRM sedang memperluaskan siasatan untuk mendapat kerjasama bantuan perundangan dengan Australia bagi menjalankan siasatan.

“Tidak timbul (siasatan bermotif politik) disebabkan dia pemimpin UMNO atau BN kerana kalau mengikut kepada (kes) siasatan dan tahanan, pemimpin BN lebih ramai daripada pembangkang.

“Maknanya, tidak ada menganiaya sesiapa. Kalau salah, kita tangkap. Nanti kalau kita mula tangkap beberapa nama, sokonglah. Jangan pula kata kita tangkap sebab politik,” katanya ketika menggulung perbahasan Akta SPRM (Pindaan) 2018 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Isu berkenaan ditimbulkan Teresa Kok (DAP-Seputeh) ketika membahaskan pindaan akta berkenaan.

Sebelum ini, akhbar Australia, The Age, dalam laporannya mendakwa beberapa pegawai tinggi MARA dan seorang bekas ahli politik membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan Malaysia untuk membeli satu blok pangsapuri, Dudley International House, di Melbourne pada harga melebihi nilai pasaran antara tahun 2012 hingga 2013.

Dudley International House ialah bangunan lima tingkat seluas 30,279 kaki persegi yang menempatkan 112 bilik termasuk asrama pelajar, dibeli oleh MARA untuk kegunaan pelajar Malaysia tajaannya apabila melanjutkan pelajaran di Australia.

Lebih 20 individu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung pembelian pangsapuri itu. Kes disiasat mengikut Akta SPRM 20019 dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Tags

Submit a Comment