Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Hishammuddin dicabar pertahan diri di Parlimen

Hishammuddin dicabar pertahan diri di Parlimen

KUALA LUMPUR,. Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dicabar untuk membangkitkan isu Ops Yaman 2 di Dewan Rakyat, esok.

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, berkata Hishammuddin wajar berbuat demikian susulan pendedahan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Arab Saudi menerusi Ops Yaman 2, tidak mendapat kelulusan Kabinet.

Chin Tong menyatakan kesediaan menjawab dan berbahas dengan Hishammuddin berhubung isu itu pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan, esok.

“Beritahu dia (Hishammuddin) untuk bercakap di Dewan Rakyat esok. Saya akan jawab beliau di Parlimen,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Chin Tong ditanya mengenai kenyataan Hishammuddin yang mendakwa Ops Yaman 2 itu diketuai dan mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), serta sudah dijawab beberapa kali di Dewan Rakyat sebelum ini.

Timbalan Menteri Pertahanan itu menegaskan, Ops Yaman 2 perlu mendapat kelulusan Kabinet kerana tidak selari dengan kerangka dasar luar negara yang menegaskan Malaysia sebagai negara berkecuali.

Sebelum ini, Chin Tong mendedahkan pembabitan ATM dalam Ops Yaman 2 pada 2015 yang dilaksanakan ketika Hishammuddin menerajui Kementerian Pertahanan, tidak mendapat kelulusan Kabinet.

Submit a Comment