Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | May 21, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Gabungan Mahasiswa Anak Malaysia kutuk pihak perlekeh SAR

Gabungan Mahasiswa Anak Malaysia kutuk pihak perlekeh SAR

Oleh QURNISHA HAMKA

3 APR:?Gabungan Mahasiswa Anak Malaysia (GAMMA) menghantar satu memorandum kepada kerajaan melalui Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) bertujuan menyatakan sokongan kepada kerajaan dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Jurucakap GAMMA, Mohd Ikhwanul Shafiq Mohd Fauzi berkata, atas dasar sayang dan cintakan negara, mereka terpanggil untuk memberikan sokongan kepada kerajaan atas usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan misteri kehilngan pesawat itu.

GAMMA juga mengutuk keras tindakan pihak yang cuba memperlekeh dan mempertikaikan misi tersebut yang sudah masuk hari ke 28 sejak kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac lalu.

gammamemo-266x300

?Hari ini kita berkumpul untuk menyampaikan memorandum kepada pengerusi BNBBC sendiri Tan Sri Shahrir Samad yang mana kita nak menyatakan sokongan kepada kerajaan dalam isu kehilangan MH370.

?Kita inginkan kesepaduan suara, mengenepikan agenda politik, mengenepikan pihak-pihak yang membidas dan mengutuk kerajaan dalam perkara ini. Kami juga menyokong usaha kerajaan dalam misi SAR yang dijalankan dengan baik, dengan makna kita mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia,? katanya.

Beliau menambah, gabungan NGO yang digerakkan mahsiswa itu juga turut memandang serius soal layanan negatif dan sebaran fitnah media barat yang cuba memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

Mereka membidas tidakan tersebut dan dalam masa yang sama menyeru semua rakyat untuk bersatu padu dalam mempertahankan maruah negara.

?Kami bimbang dengan spekulasi dan layanan negatif daripada media barat yang telah memburukkan nama Malaysia dengan mengatakan kita sebagai sebuah negara pengganas.

?Sebagai mahasiswa kita nak mempertahankan perkara ini dengan cara kita bawa memorandum ini dan minta dibentangkan di dalam parlimen dan mengusulkan tentang perkara ini,? katanya lagi.

Dalam perkembangan yang sama, memorandum tersebut turut diserahkan kepada wakil pembangkang melalui Ahli Parlimen PKR Gombak, Mohamed Azmin Ali.

?Kami juga akan sampaikan memorandum ini kepada Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pembangkang turut bersatu hati dengan kita, supaya dekat parlimen pun begitu.

?Sebab kalau kita lihat dekat parlimen pihak pembangkang memang membantai kerajaan yang mendakwa kerajaan sambil lewa, dan mereka juga kata usaha ini sia-sia.

?Berkenaan isu ini, kita dapat lihat ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan cuba mengatakan ada agenda tersendiri yang didkatakan bahawa adanya agenda kerajaan yang disembunyikan disebalik perkara ini,? katanya. -bnbbc.my

 

 

Submit a Comment