Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Ekonomi global dijangka berkembang sederhana tahun hadapan

Ekonomi global dijangka berkembang sederhana tahun hadapan

KUALA LUMPUR,. Ekonomi global dijangka berkembang sederhana tahun hadapan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh oleh negara yang pesat berkembang dan negara yang membangun (EMDE) terutamanya China, India, Indonesia dan Filipina.

Sebaliknya, pertumbuhan negara maju dijangka mencatat penurunan disebabkan oleh penggunaan swasta yang lebih rendah berikutan normalisasi kadar faedah dan rangsangan fiskal yang berkurangan, demikian menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini.

“Risiko cenderung ke bawah dan pertumbuhan masih terdedah kepada perubahan dasar perdagangan, fiskal dan monetari, keadaan kewangan global dan kestabilan geopolitik.

“Ketegangan perdagangan dijangka memuncak dengan langkah perlindungan tambahan dan tindak balas yang mungkin diambil oleh Amerika Syarikat (AS) dan rakan dagangan utama termasuk meluaskan senarai barangan yang akan dikenakan kenaikan tarif,” kata laporan itu.

Kemerosotan keadaan kewangan global berikutan hutang korporat yang semakin meningkat akan menjejaskan pelaburan, di mana ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang pesat disebabkan oleh mata wang yang semakin lemah dan hutang dalam denominasi dolar AS mungkin menyebabkan trend pertumbuhan semakin menurun.

Menurut laporan itu, kebergantungan negara maju kepada dasar makroekonomi yang terlalu menyokong ekonomi negara berkenaan juga dijangka menjejaskan pertumbuhan global yang mampan.

“Sebagai contoh, rangsangan fiskal di AS akan menyebabkan kenaikan kadar faedah dengan lebih cepat dari jangkaan yang mungkin mengurangkan aliran modal ke negara Asia yang membangun.

“Seterusnya, kebimbangan geopolitik yang berpanjangan di Timur Tengah dan kemungkinan lebih banyak negara keluar dari kawasan euro kekal sebagai risiko,” kata laporan itu.

Pertumbuhan negara maju dijangka berkembang 2.4 peratus pada tahun ini dan 2.1 peratus pada 2019 manakala pertumbuhan EMDE dijangka kekal pada 4.7 peratus bagi kedua-dua tahun.

“Pertumbuhan EMDE dijangka tidak sekata disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kenaikan harga minyak, kadar faedah lebih tinggi di AS, pengukuhan dolar AS, ketegangan perdagangan berterusan dan konflik geopolitik,” kata laporan itu. – BERNAMA

Submit a Comment