Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Dewan Rakyat ‘panas’ isu larang hadir persidangan

Dewan Rakyat ‘panas’ isu larang hadir persidangan

KUALA LUMPUR,. Isu kelayakan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh, menghadiri persidangan Dewan Rakyat meletuskan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan barisan pembangkang, hari ini.

Walaupun empunya badan tidak hadir atas arahan Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, yang melarangnya berada di Dewan Rakyat bermula semalam, isu berkenaan terus diutarakan selepas selesai sesi soal jawab lisan kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Semalam, Sivarraajh diarah meninggalkan Dewan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Novembver lalu mengisytiharkan keputusan kerusi Parlimen Cameron Highlands bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) sebagai terbatal dan tidak sah.

Suasana Dewan tenang ketika Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN UMNO-Kinabatangan) meminta Mohamad Ariff menyatakan keputusannya berhubung larangan ke atas Sivarraajh mengikuti persidangan.

Bagaimanapun, Mohamad Ariff menegaskan perlu menunggu notis penghakiman daripada peguam Sivarraajh untuk meneliti dan mengkaji keputusan mahkamah.

“Saya sudah mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Cameron Highlands bersama peguamnya dan dimaklumkan rayuan belum difailkan.

“Saya memohon mereka mendapatkan keputusan penuh Mahkamah Tinggi supaya semua orang memahami apa sebenarnya kandungan keputusan hakim Mahkamah Tinggi.,” katanya.

Penjelasan itu bagaimanapun tidak memuaskan hati beberapa ahli Parlimen BN dan PAS yang menyifatkan larangan menghadiri persidangan ke atas Sivarraajh sebagai khilaf dan menghukum, selain menafikan haknya selaku wakil dipilih rakyat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub (BN UMNO-Bera) berkata, Perkara 36(a)(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) menyebut seseorang Ahli Parlimen yang diisytihar melakukan kesalahan berhak berada dalam Dewan Rakyat sehingga tempoh mengemukakan rayuan selama 14 hari berakhir.

“Selagi tak tamat 14 hari, keputusan mahkamah tak muktamad dan ia bermakna Cameron Highlands masih Ahli Parlimen dan berhak ada di sini (Dewan).

“Pihak yang menentukan hak Cameron Highlands berada dalam Dewan atau tidak ialah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Mahkamah jatuhkan hukuman dan selepas 14 hari baru keluarkan notis kepada SPR, SPR hantar ke Speaker,” katanya.

Speaker membenarkan beberapa ahli Parlimen menyatakan pandangan termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN UMNO-Bagan Datuk), Awang Hashim (PAS-Pendang), Hassan Abdul Karim (PH PKR-Pasir Gudang), Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN UMNO-Pasir Salak), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN MCA-Ayer Hitam), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (BN UMNO-Beluran) dan Khairy Jamaluddin (BN UMNO-Rembau).

Selepas hampir 20 Ahli Parlimen wakil kerajaan dan pembangkang bertegang urat, Mohamad Ariff membuat penjelasan.

“Sistem undang-undang pilihan raya kita ada dua peringkat, pertama hakim pilihan raya akan umumkan, tentukan dalam mahkamah terbuka ‘ABCD’ termasuk (keputusan) sesuatu pilihan raya batal.

“Peringkat kedua, hakim akan keluarkan satu perisytiharan, jadi ada sedikit keadaan ‘limbo’ di situ antara keputusan di mahkamah terbuka dengan pengeluaran pengisytiharan.

“Biar saya kaji sedalam-dalamnya dan melihat keputusan hakim sebelum membuat petua Isnin ini,” katanya sambil menambah notis penghakiman kes Sivarraajh akan diperoleh hari ini.

Penjelasan itu gagal meredakan keadaan dan lebih 10 ahli Parlimen pembangkang bangun sebelum keluar beramai-ramai pada jam 12.48 tengah hari.

Submit a Comment