Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | May 21, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Dewan Rakyat lulus RUU Antiberita Tidak Benar

Dewan Rakyat lulus RUU Antiberita Tidak Benar

KUALA LUMPUR,. Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 dengan 123 Ahli Parlimen menyokong, termasuk 10 wakil rakyat PAS, manakala 64 menolak.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan RUU itu yang dibaca untuk kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, diluluskan dengan pindaan menerusi proses undi belah bahagi selepas diusulkan oleh G Manivannan (DAP-Kapar).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut berada dalam dewan ketika proses undi belah bahagi dijalankan.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang (PAS-Marang) dan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) tidak kelihatan ketika pengundian dijalankan.

Dua wakil rakyat Bebas, Sim Tong Hin (Bebas-Kota Melaka) mengundi menolak, sementara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) menyokong RUU itu.

Blok wakil rakyat pakatan pembangkang bersama-sama PSM dan WARISAN mengundi menolak RUU itu.

Submit a Comment