Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | July 18, 2019

Scroll to top

Top

Comment(s)

Data penerima BSH diguna sebagai data asas penerima subsidi petrol

Data penerima BSH diguna sebagai data asas penerima subsidi petrol

KUALA LUMPUR,. Kerajaan bercadang menggunakan data Bantuan Sara Hidup (BSH), iaitu data isi rumah berpendapatan rendah (B40) sebagai data asas untuk mereka yang layak menerima subsidi petrol bersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak kementerian juga telah mengadakan pertemuan bersama syarikat minyak, ahli ekonomi, pengusaha stesen dan persatuan pengguna bagi memastikan pelaksanaan inisiatif itu nanti berjalan lancar.

“Menjadi hasrat kerajaan juga untuk memperluaskan inisiatif subsidi bersasar ini untuk barangan pengguna lain yang ketika ini ditanggung subsidi oleh kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

— BERNAMA

Submit a Comment