Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 diperkenal

Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 diperkenal

KUALA LUMPUR,. Kerajaan melalui usaha sama dengan syarikat insurans swasta akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata skim yang akan bermula pada 1 Januari 2019 itu bakal menyediakan perlindungan percuma membabitkan empat jenis penyakit kritikal utama sehingga RM8,000.

Selain itu, katanya, ia mencakupi pendapatan gantian semasa untuk tempoh maksimum selama 14 hari pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

“Kerajaan menghargai sumbangan Great Eastern Life Insurance atas persetujuan mencarum RM2 bilion dalam dana permulaan yang akan diuruskan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kerajaan menjangkakan saiz dana berkembang dengan pembabitan syarikat insurans lain, malah ini ialah peralihan besar dalam usaha mewujudkan jaringan keselamatan sosial secara komprehensif.

“Ia merangkumi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Perlindungan Khidmat Sosial (PERKESO) serta institusi perlindungan sosial yang lain,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Submit a Comment