Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | October 22, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Dana khas RM4 bilion untuk pembangunan masyarakat India

Dana khas RM4 bilion untuk pembangunan masyarakat India

KUALA LUMPUR,. Dana khas bagi pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat India akan diwujudkan dengan peruntukan awal sebanyak RM4 bilion bagi tempoh 10 tahun, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata dana tersebut bertujuan untuk membantu membangunkan kaum itu khususnya daripada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dengan cara yang saksama.

“Kerajaan sememangnya berhasrat untuk terus menambah ekuiti masyarakat India di dalam ekonomi negara. Modal awal akan dikumpul daripada sumbangan kerajaan serta syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk M. Sambanthan yang ingin tahu adakah kerajaan sekarang akan menambah jumlah unit saham menerusi Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) yang diperkenalkan di bawah kerajaan terdahulu.

Waytha Moorthy berkata kerajaan sedang mengkaji semula segala program yang telah dijalankan di bawah MIB serta cuba memperbaiki usaha untuk mempertingkatkan lagi taraf hidup masyarakat India di negara ini.

— BERNAMA

Submit a Comment