Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | July 17, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Charles Santiago teruskan saman terhadap Pandikar

Charles Santiago teruskan saman terhadap Pandikar

SHAH ALAM,. Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menarik balik permohonan injunksi bagi menghalang Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membentangkan Laporan Kajian Semula Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya.

Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Amanda Farhana Roslaini yang mewakili Charles dengan kos RM2,000.

Bagaimanapun, Charles berhasrat meneruskan saman dikemukakan terhadap Pandikar selaku defendan, yang difailkan pada 27 Mac lalu.

Terdahulu, Pandikar diwakili Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke memohon agar mahkamah menetapkan kos sebanyak RM5,000 kerana pihaknya sudah menyediakan dokumen yang diperlukan bagi kes berkenaan.

Pada 28 Mac lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya bagi Semenanjung Malaysia yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Usul itu diluluskan menerusi undi belah bahagi selepas dibahaskan 14 Ahli Parlimen membabitkan tujuh dari pihak kerajaan dan tujuh dari pembangkang.

Pandikar ketika mengumumkan keputusan itu menyatakan sebanyak 80 Ahli Parlimen tidak bersetuju dengan usul berkenaan manakala 129 lagi bersetuju.

Menerusi persempadanan semula itu, tiada pertambahan kerusi bagi kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, sekali gus menjadikan jumlah kerusi parlimen kekal 222 kerusi dan 587 kerusi bagi DUN.

Sebanyak 12 nama kawasan Parlimen dipinda manakala 29 kawasan lagi membabitkan DUN.

Submit a Comment