Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | August 16, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Cadangan pemansuhan akta antiberita tidak benar akan dibentang di Parlimen

Cadangan pemansuhan akta antiberita tidak benar akan dibentang di Parlimen

KUALA LUMPUR,. Cadangan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata kementerian itu sedang menyiapkan dokumen yang diperlukan selain mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara dan pihak-pihak yang berkenaan sebelum mengemukakan cadangan berkenaan di Dewan Rakyat.

Mengakui tempoh penyediaan dokumen itu singkat sebelum sesi Dewan Rakyat bermula 25 Jun ini, Gobind menjelaskan bahawa akta itu tidak memerlukan masa yang terlalu panjang untuk disediakan.

“Ini bukan nak pinda atau bentang undang-undang baharu, ini adalah rang undang-undang untuk kita tarik balik undang-undang sedia ada…oleh itu, ia adalah lebih jelas dan mudah berbanding membentangkan satu rang undang-undang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan sulungnya ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama di sini, hari ini.

— BERNAMA

Submit a Comment