Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Cadang tubuh jawatankuasa khas tangani jenayah berat

Cadang tubuh jawatankuasa khas tangani jenayah berat
Senator-Datuk-Boon-Som-Inong

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) disaran supaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani insiden jenayah berat seperti pembunuhan menggunakan senjata api yang kerap berlaku di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Publisiti, Majlis Senator Malaysia (MSM), Senator Datuk Boon Som Inong berkata, jawatankuasa tersebut perlu memberi tumpuan kepada isu pemilikan senjata api secara haram, pembunuh upahan dan penyeludupan senjata api.

Menurut beliau, kedudukan jawatankuasa berkenaan sewajarnya setaraf dengan jawatankuasa memerangi keganasan yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2010.

“MSM mengambil ketetapan meminta kerajaan mengambil tindakan serius menggemblengkan semua organisasi dan segenap lapisan masyarakat bagi mencegah dan memerangi jenayah berat daripada berleluasa bagi menjamin keselamatan serta keyakinan rakyat,” katanya kepada pemberita di Dewan Negara hari ini.

Tambah Boon, MSM memandang berat terhadap perkembangan melibatkan kejadian jenayah berat akhir-akhir ini termasuk insiden yang meragut nyawa bekas pengasas AmBank Bhd., Hussain Ahmad Najadi pada 29 Julai lalu.

Beliau memberitahu, kejadian-kejadian tersebut amat membimbangkan dan seolah-olah memberi isyarat bahawa nyawa manusia tidak lagi berharga.

Submit a Comment