Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | May 21, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

‘Biar berbeza, saya tetap hormat YB’

‘Biar berbeza, saya tetap hormat YB’

KUALA LUMPUR,. Seorang Ahli Parlimen pembangkang memuji Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang disifatkan ‘cakap serupa bikin’ dalam usahanya memartabatkan sukan negara.

Ong Kian Ming (DAP-Serdang) ketika membahaskan pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997, turut mahu sesiapa juga yang akan dipilih menjadi menteri menjaga hal ehwal sukan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) supaya meneruskan legasi dilaksanakan Khairy.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Menteri atas usaha beliau membangunkan sukan di Malaysia.

“Walaupun kita berbeza dalam aspek aktiviti sukan dan fahaman politik, saya amat menghormati dan menyanjungi YB Menteri yang ‘talking the talk, walking the walk’ (cakap serupa bikin),” katanya sambil disambut dengan tepukan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Khairy membacakan Rang Undang-undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 kali kedua, bertujuan membangunkan sukan di Malaysia secara menyeluruh dan terancang menerusi pemantauan langsung menteri dan Pesuruhjaya Sukan.

Kian Ming dalam perbahasannya, turut mencadangkan jawatankuasa tetap ditubuhkan di Pejabat Belia dan Sukan (PBS) untuk menyelaras dan mengemas kini tatacara acara larian maraton bagi memastikan keselamatan peserta terjamin.

“Jawatankuasa tetap ini akan diwakili daripada PBS, PBT (pihak berkuasa tempatan), polis, penganjur dan pihak berkaitan. Sekarang tiada dialog formal dianjurkan PBS dengan pihak berkepentingan selepas kemalangan di Klang.

“Dengan adanya jawatankuasa tetap ini, satu saluran rasmi boleh diwujudkan untuk menangani masalah yang timbul dalam penganjuran acara larian dan menambah tahap piawaian keselamatan,” katanya.

Kian Ming merujuk kepada kes Evelyn Ang yang meninggal dunia selepas koma selama tiga bulan akibat dilanggar kenderaan ketika menyertai Maraton Antarabangsa Bandar Klang pada Disember lalu yang dianjurkan tanpa kebenaran Pesuruhjaya Sukan.

Submit a Comment