Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Belanjawan 2019 peruntuk lebih RM5 billion untuk lonjak industri 4.0

Belanjawan 2019 peruntuk lebih RM5 billion untuk lonjak industri 4.0

KUALA LUMPUR,. Kerajaan memperuntukkan lebih daripada RM5 billion dalam Belanjawan 2019 bagi melonjak Industri 4.0 di Malaysia, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Semasa membentangkan belanjawan yang pertama bagi kerajaan Pakatan Harapan itu, Lim berkata, RM210 juta disediakan bagi tempoh tiga tahun mulai 2019 untuk menggalak peralihan kepada Industri 4.0, selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Industri 4.0 atau Industry4WRD yang dilancarkan baru-baru ini.

Beliau berkata, Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Readiness Assessment untuk membantu 500 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beralih kepada teknologi Industri 4.0.

Beliau juga berkata, sistem rujukan Knowledge Resource for Science and Technology Excellence (KRSTE.my) akan diwujudkan untuk memangkin perkongsian sumber penyelidikan dan pembangunan kerajaan antara sektor swasta dan akademik dengan sumber dan fasiliti sedia ada.

“Menjelang 2019, kerajaan akan memberi sektor swasta akses kepada 250 fasiliti dan 1,200 peralatan saintifik serta data penyelidikan.

“Tambahan lagi, satu Program Pemetaan Penyelidik akan diperkenal untuk menempatkan sekurang-kurangnya 100 ahli penyelidik dengan sektor swasta di mana kos penempatan akan dibiayai kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Lim turut berkata, RM2 bilion akan disediakan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi menggalak PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan yang merupakan komponen Industri 4.0.

Beliau berkata, kerajaan akan memberikan jaminan pembiayaan sehingga 70 peratus.

Sementara itu, kerajaan melalui, Bank Pembangunan Malaysia Bhd akan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan saiz dana RM3 bilion dengan insentif subsidi kadar faedah dua peratus, kata Lim.

“Dana ini bertujuan merancakkan industri untuk menerap teknologi pintar merangkumi robotik dan kecerdasan buata,” katanya.

Menurutnya, Khazanah Nasional Bhd akan membangunkan 32.37 hektar tanah di Subang sebagai hab aeroangkasa bertaraf dunia.

Khazanah akan bekerjasama dengan agensi berkaitan, terutama Majlis Amanah Rakyat dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri, tambah beliau.

— BERNAMA

Submit a Comment