Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Bangunan Parlimen kawasan larangan merokok mulai hari ini

Bangunan Parlimen kawasan larangan merokok mulai hari ini

PUTRAJAYA,. Bermula hari ini, larangan merokok dikuat kuasakan dalam bangunan di kawasan Parlimen.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya akan menutup sudut merokok tiga bangunan di Parlimen dan perokok hanya dibenarkan merokok di luar bangunan.

“Kita maksudkan secara serius selepas keluarkan peraturan dan mahu mereka yang berada di Parlimen mengikut peraturan, khususnya di tempat makan.

“Sebelum ini, jika merokok di sudut merokok pun, orang luar boleh hidu jika berada berdekatan. Jadi kita ambil tindakan untuk tutup sudut rokok itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bulan Oktober 2018 kementeriannya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata kementerian akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini bermula 1 Januari 2019.

Katanya, ia adalah inisiatif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

Submit a Comment