Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Bajet 2019: Rakyat boleh sumbang idea

Bajet 2019: Rakyat boleh sumbang idea

PUTRAJAYA,. Orang ramai dijemput menyumbangkan cadangan bagi proses penyediaan Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 2 November depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sumbangan cadangan itu boleh dibuat menerusi laman web belanjawan2019.treasury.gov.my yang sudah mula beroperasi sejak semalam hingga 30 September.

Katanya, orang ramai juga boleh berkongsi cadangan untuk Belanjawan 2019 itu melalui semua laman sosial milik Kerajaan Persekutuan dengan menggunakan tanda pagar #belanjawan2019.

“Susulan Konsultasi Belanjawan 2019 yang diadakan pada 12 Julai 2018, Kementerian Kewangan sedang memperhebatkan lagi perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan bagi mendapatkan input dalam menyediakan Belanjawan 2019.

“Beberapa sesi perbincangan dengan kumpulan fokus sudah dijadualkan berlangsung dari Ogos hingga September dan perbincangan turut menyentuh beberapa perkara penting seperti pasaran buruh tempatan, kualiti sistem pendidikan negara, pertumbuhan mampan dan kos sara hidup dalam kalangan masyarakat miskin di bandar.

“Wakil industri, badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan turut menyertai perbincangan ini yang bertujuan mensejahterakan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Submit a Comment