Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Anwar ketuai Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen

Anwar ketuai Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen

KUALA LUMPUR,. Parlimen menubuhkan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus membabitkan 12 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Kaukus itu dipengerusikan Ahli Parlimen Port Dickson daripada PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang (DAP) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Anggota kaukus merangkumi Mohamed Hanipa Maidin (PH AMANAH-Sepang), Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH BERSATU-Jeli), Datuk Johari Abdul (PH PKR-Sungai Petani), Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu (PH PKR-Segamat), Maria Chin Abdullah (PH PKR-Petaling Jaya); Ma’mun Sulaiman (WARISAN-Kalabakan).

Selain itu, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN UMNO-Pengerang), Datuk Seri Nazri Aziz (BN UMNO-Padang Rengas), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB-Santubong) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian).

Difahamkan, kaukus itu akan memberi fokus untuk memperkukuh Parlimen sebagai cabang kerajaan yang bertanggungjawab menginstitusikan reformasi dalam semua aspek pentadbiran.

Anwar sebelum ini dilaporkan komited membantu kerajaan dalam memastikan pelaksanaan reformasi Parlimen menjadi kenyataan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengesahkan penubuhan serta pelantikan Anwar dan Kit Siang bagi mengetuai kaukus itu menerusi entri dalam akaun Twitter rasminya, hari ini.

Submit a Comment