Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Akta Kebebasan Maklumat pastikan kesahihan sumber

Akta Kebebasan Maklumat pastikan kesahihan sumber

KUALA LUMPUR,. Negara memerlukan Akta Kebebasan Maklumat untuk memastikan maklumat yang tersebar di khalayak ramai adalah daripada sumber yang sahih, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata dengan adanya akta itu, rakyat boleh mendapatkan maklumat secara rasmi dan bukan berita-berita palsu.

“Sekarang ini, mungkin ada maklumat yang benar tetapi diperoleh dengan cara yang tidak sah. Ini sebenarnya tidak bagus kerana mereka ambil maklumat rasmi dan dedahkan, budaya seperti ini yang kita nak elakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang ingin tahu pendekatan kerajaan dalam memastikan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dapat dinikmati rakyat.

Kepada soalan asal Senator Chandra Mohan S Thambirajah, mengenai perkembangan terkini cadangan memperkenalkan akta terbabit serta cadangan mengkaji semula akta-akta seperti Akta Rahsia Rasmi 1971 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Mohamed Hanipa berkata kabinet pada 11 Julai lalu bersetuju supaya Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat digubal pada peringkat persekutuan.

Beliau berkata, setakat ini kajian penanda aras sudah dilaksanakan dengan merujuk kepada dua enakmen berkaitan iaitu Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 dan Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011.

Mohamed Hanipa berkata sesi libat urus dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Keselamatan Negara turut diadakan bagi mendapatkan pandangan bersesuaian sebelum rang undang-undang itu digubal. – BERNAMA

Submit a Comment