Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | March 25, 2019

Scroll to top

Top

Comment(s)

Ahli Parlimen BN keluar Dewan lagi, 2 digantung sehari

Ahli Parlimen BN keluar Dewan lagi, 2 digantung sehari

KUALA LUMPUR,. Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini sekali lagi keluar meninggalkan Dewan beramai-ramai kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.

Tindakan itu bagi membantah keputusan Rashid menghalau Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN UMNO-Pasir Salak) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN UMNO-Kinabatangan) dari Dewan.

Rashid mengarahkan Tajuddin dan Bung Moktar selepas kedua-duanya menimbulkan kekecohan hingga mengganggu Chan Ming Kai (PH PKR-Alor Setar) yang membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018.

Ia bermula sebaik persidangan bermula selepas rehat apabila Bung Moktar mahu RSN Rayer (PH DAP-Jelutong) menarik balik apa yang disebut sebagai sangkaan jahat dibuat minggu lalu terhadap Datuk C Sivarraajh (BN MIC-Cameron Highlands), berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(6).

Permintaan Bung Moktar itu merujuk kepada tindakan Rayer mempersoalkan kelayakan Sivarraajh hadir mengikuti persidangan Dewan Rakyat selepas mahkamah memutuskan keputusan Parlimen Cameron Highlands diwakilinya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sebagai tidak sah.

Bagaimanapun, Rashid memutuskan tiada keperluan untuk Rayer berbuat demikian kerana ia lebih kepada pertanyaan.

Penjelasan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen BN membantah hingga mencetuskan kekecohan dan enggan duduk walaupun beberapa kali diarah berbuat demikian oleh Timbalan Speaker.

Kekecohan berterusan itu menyebabkan Rashid menghalau Tajuddin dan Bung Moktar, sebelum Ahli Parlimen BN yang lain turut keluar sebagai membantah keputusan berkenaan.

Pang Hok Liong (PH DAP-Labis) kemudian bangun dan bertanya kepada Rashid berhubung tempoh penggantungan kedua-dua ahli Parlimen terbabit.

“Tempoh penggantungan adalah selama satu hari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Whip BN yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ditemui di Lobi Parlimen selepas itu, berkata semua Ahli Parlimen BN keluar kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Rashid yang disifatkan sebagai tidak tepat dan berat sebelah.

Katanya, isu berkaitan Sivarraajh berbangkit berikutan tindakan Rayer yang didakwa mengeluarkan sangkaan jahat minggu lalu, sekali gus menyebabkan Ahli Parlimen Cameron Highlands dinafikan hak untuk berada dalam Dewan Rakyat selama dua hari.

“Walaupun Sivarraajh dibenarkan masuk semula hari ini, selama dua hari Ahli Parlimen Cameron Highlands itu tidak dibenarkan masuk ke Dewan Rakyat, seolah-olah sudah gugur haknya sebagai Ahli Parlimen dan dinafikan untuk berbahas selama dua hari.

“Kita mohon Ahli Parlimen Jelutong tarik balik sangkaan jahat itu dan minta maaf. Kita tak minta Speaker mohon maaf pun.

“Bagaimanapun, permintaan itu ditolak dan Timbalan Speaker mengarahkan Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pasir Salak keluar,” katanya.

Ia adalah kali kedua Ahli Parlimen BN keluar Dewan Rakyat secara beramai-ramai dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Rabu lalu, mereka berbuat demikian bagi membantah keputusan Speaker, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, yang melarang Sivarraajh berada dalam Dewan Rakyat.

Submit a Comment