Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | July 17, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

90 ahli Parlimen baharu bersidang 16 Julai

90 ahli Parlimen baharu bersidang 16 Julai

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas yang bermula 16 Julai ini bakal menyaksikan penampilan julung kali 90 Ahli Parlimen (MP) baharu.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah berkata, jumlah tersebut adalah yang terbanyak dalam sejarah Parlimen Malaysia.

“Ini merupakan ‘Hari Ini Dalam Sejarah’. Landskap Parlimen pada kali ini amat berbeza kerana kita dapat menyaksikan ada (ahli Parlimen) yang senior dan yang sangat-sangat muda seperti Yang Berhormat P. Prabakaran (Ahli Parlimen Batu) yang masih merupakan seorang pelajar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Taklimat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, katanya, sesi taklimat pada hari ini amat penting untuk ahli-ahli yang berhormat terutama yang baharu untuk memahami peraturan Dewan Rakyat khususnya seperti sesi pertanyaan jawab lisan dan bagaimana satu-satu rang undang-undang itu dikemukakan.

Dalam pada itu, katanya, sidang Parlimen ke-14 selama 20 hari itu juga akan menyaksikan kemunculan semula 11 ahli Parlimen yang dahulunya juga pernah berkhidmat sebagai MP manakala 121 lagi MP sidang Parlimen ke-13 sebelum ini yang berjaya dipilih semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

Sementara itu ketika ditanya berhubung calon Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima usul daripada pihak kerajaan dan usul pencalonan jawatan itu mesti dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang atau selewat-lewatnya Isnin depan.

Katanya, susunan tempat duduk ahli Parlimen di dalam Dewan juga hanya akan ditentukan selepas pelantikan kesemua menteri Kabinet dan timbalan menteri yang dijadualkan berlangsung Isnin depan.

“Selepas itu kita boleh mengatur tempat duduk lain seperti susunan kekananan penyokong kerajaan dan juga susunan pihak pembangkang di sebelah kiri,” katanya.

Beliau turut menambah ahli Parlimen perlu mengemukakan soalan bagi sesi pertanyaan jawab lisan selewat-lewatnya 29 Jun ini. – Bernama

Submit a Comment