Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | December 13, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

12 senator baharu angkat sumpah

12 senator baharu angkat sumpah

KUALA LUMPUR,. Seramai 12 senator baharu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri V S Vigneswaran di Dewan Negara di sini, hari ini.

Lim Hui Ying


Mereka adalah 11 wakil Pakatan Harapan (HARAPAN) dan seorang daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying yang juga adik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, adalah antara yang mengangkat sumpah.

Nga Hock Cheh


Tiga lagi wakil DAP adalah Ahli Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh; Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling dan Pengarah Pendidikan DAP Sabah, Adrian Banie Lasimbang.

Senator baharu daripada PKR adalah bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya PKR, Ismail Yusof; Ketua Cabang PKR Bera, Monalan Mohamad dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid.

Alan Ling


Wakil Parti Amanah Negara (AMANAH) pula ialah Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, Raj Munni Sabu.

Seorang lagi wakil AMANAH adalah Naib Presidennya, Husam Musa tetapi beliau tidak hadir kerana sedang menunaikan ibadah haji.

Ismail Yusof


Beliau dijadual mengangkat sumpah pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu, Datuk Razali Idris dan Ketua BERSATU Bahagian Gelang Patah, Nasir Hashim yang mewakili parti itu turut mengangkat sumpah.

Monalan Mohamad


Turut mengangkat sumpah peguam kanan yang juga Pengerusi WARISAN Sabah, Theodore Douglas Lind.

Mohamad Imran Abd Hamid.

Submit a Comment